Thursday, February 12, 2009

sedapnya coke!! fakta tentang coke..


Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : CocaCola.


Di dalam kebanyakan negeri di US, kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. macam pasukan SMART dan bomba kita tu,Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau PolisLebuhraya, adakah mereka guna?


Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!


2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalamCoke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis!Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?


3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup denganCoke. Kesannya karat hilang!


4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/natbateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.


5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat: Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.


6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.


7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit ?Celup tuala dengan Coke dan lap. Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Iamempunyai pH 2.


8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. KilangPerwaja/besi mesti suka ni!Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.


Coke membawa maksud dadah Cocaine. Asal minumanCoke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan untuk para pekerja buruh.Cam candu masuk China dulu. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca [cocaine] dan kacang Cola. Tu yang datang perkataan CocaCola tu.
Cuba rendamkan gigi [gigi yang patah ker tapi kalau nak rendam gigi dalam mulut tu pun boleh] dalam satu mangkuk Coke, pasti gigi tu hilang/lebur dalam masa 24-49 jam. Yang mana sakit gigi, cubalah cara ni,kot-kot gigi tu boleh hilang!Kalau anda tak suka minum kopi tapi suka sangat minum Coke, sama je!Anda minum Caffein, bahan yang sama dalam 2 minuman tersebut.
Di India, negeri Andhra Pradesh dan Chattisgarh secara spesifiknya, para peladangnya menggunakan Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun seranggalah pulak.Sesiapa ada tanam pokok cili kat rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Cili tu rasa pedas manis berperisa coke kot? Cubalah!Syarikat Coke dimiliki oleh pelabur berbangsa Yahudi 100%. Kat Mekah ada Mecca Cola. Betul ker?
Yang pernah pergi Mekah boleh confirm kot?Jadi, sambil-sambil kita minum Coke tu, bolehlah pada masa yang sama cuci cermin kereta, cuci baju, buka nat skru, cuci tandas , sembur serangga dll.
Rupa-rupanya Coke ni boleh dibuat bahan gantian emergency jika bahan cuci/pelincir/penghakis habis kat rumah.Semua fakta diatas anda boleh cuba sendiri dirumah jika tak percaya.Yang mana tak pass sains khasnya kimia dulu masa sekolah bolehlah buat eksperimen sains kimia ni dekat rumah.


fikir-fikirkan!!

Wednesday, February 11, 2009

CAMPUS QUIRK..

Perkara pelik?Perkara pelik yang aku nak kongsikan bersama pembaca kali ini tentang perkara pelik yang berlaku kat universiti kat tempat aku belajar . Aku suka betul tengok pelbagai ragam pelajar. Pelbagai jenis pakaian, gaya, perangai dan macam-macam. pelajar dan pensyarah pula terdiri daripada orang Malaysia dan orang luar. Perkara pelik yang aku nak cakap kat sini ialah tentang sikap. yang aku nak cakap jkat sini bukan tentang sesiapa tapi semua orang yang berada di universiti aku. aku pelik kenapa orang kita ni (orang melayu) susah nak bertegur sapa?Jujur aku katakan yang aku cukup salute dengan pensyarah-pensyarah dari luar negara terutamanya dari Afrika. Aku tengok mereka ni lagi bersopan santun dari orang kita. kadang-kadang kalau aku terserempak dengan mereka kat kolej ke atau kat kampus, confirm mesti mereka ni akan beri salam dan senyum. aku pula yang naik segan. ye la patutnya tuan rumah yang beri salam kat tetamu, bukan tetamu yang beri salam kat tuan rumah. tu lah perumpamaannya. Aku ingatkan orang Malaysia lebih 'sopan' dari mereka ni. Kita ni kan terkenal dengan adat ketimuran tetapi itu mungkin dulu. sekarang mungkin tak kot. aku pun dua kali lima juga.aku pun jenis malas nak tegur-tegur orang. aku harap pelajar-pelajar dapat la contohi mereka ni.

Friday, February 6, 2009

WOULD YOU WALK ON THIS??!

Glass Bridge will be suspended 4,000 feet above the Colorado River on the very edge of the Grand Canyon . On May 2005, the final test was conducted and the structure passed engineering requirements by 400 percent, enabling it to withstand the weight of 71 fully loaded Boeing 747 airplanes (more that 71 million pounds). The bridge will be able to sustain winds in excess of 100 miles per hour from 8 different directions, as well as an 8.0 magnitude earthquake within 50 miles. More than one million pounds of steel will go into the construction of the Grand Canyon SkyWalk.



jambatan yang hanya diperbuat daripada kaca..

p/s: sesiapa yang mahu cuba tahap keberanian, boleh datang sini

MAKANAN YANG PALING SEDAP KAT CHINA...

makanan asia

lipan antara salah satu makanan kegemaran yang terdapat di sana


makanan yang terdiri daripada serangga..

telur ayam/itik pra matang menjadi salah satu makanan mereka.

ingatkan biskut badam tadi..ooo..ini la yang dinamakan butter+fly..




p/s: kalau ada trip ke China, cuba la makan..



Worlds Smallest Man meets Longest Legs Woman

Pingping from Inner Mongolia, China's autonomous region, the world's smallest man sits underneath Svetlana Pankratova from Russia, the Queen of Longest Legs, as they pose at Trafalgar Square in London, Tuesday, Sept. 16, 2008. Pingping, born with primordial dwarfism, holds the Guinness World Record for the smallest man at 74.61 cms (2 feet and 5.37 inches) and Pankratova holds the Guinness World Record for the longest leg of any woman at 132 cms (4 feet 4 inches) in length.

p/s: ee..comelnye..rase nak cubit2 jer..

Indian girl has heart and liver outside body


A four-day-old female child whose heart and part of her liver is growing outside her body is seen at the north Bengal medical college on the outskirts of the northeastern Indian city of Siliguri November 26, 2008. "This is a very rare case, we are not sure if we can perform surgery to put her heart and liver back, but we'll try our best," a child specialist Miridula Chatterjee said on Wednesday. Picture taken November 26, 2008. [Agencies]


Doctors examine a four-day-old female child whose heart and part of her liver is growing outside her body at the north Bengal medical college on the outskirts of the northeastern Indian city of Siliguri November 26, 2008. "This is a very rare case, we are not sure if we can perform surgery to put her heart and liver back, but we'll try our best," a child specialist Miridula Chatterjee said on Wednesday. Picture taken November 26, 2008. [Agencies]

BUDAK KAHWIN DENGAN KATAK..


CHENNAI 21 Jan. – Ia berbeza dengan cerita dongeng yang dipetik daripada novel kanak-kanak tetapi lebih kepada ritual kehidupan sebenar apabila seorang budak perempuan dikahwinkan dengan seekor katak di sebuah perkampungan terpencil di selatan India.
Dengan harapan ritual yang berabad lamanya itu boleh menangkis unsur jahat dan membawa petanda baik kepada Kampung Pallu Puthupattu yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Chennai, R. Vigneshwari, 8 tahun dipilih sebagai pengantin perempuan.
“Setiap tahun majlis perkahwinan seperti ini dianjurkan. Mereka percaya bahawa jika ritual tahunan itu tidak diadakan, kanak-kanak perempuan akan mati secara luar biasa atau rumah-rumah di kampung itu akan terbakar atau kebuluran akan melanda kampung itu,” kata seorang aktivis hak asasi wanita tempatan, S. Geetha. – Bernama



p/s: ada sesiapa yang sanggup?

Wednesday, February 4, 2009

Compare the size of the earth with other planets

Compare the size of the earth with other planets



Now compare it with Uranus & Neptune
Now Earth against Sun

Against Sun, Earth is like a dot

Think !! Where do you find yourself now??

Wanita dan Tamadun Greek

Tamadun Greek memang diakui sebagai satu tamadun yg mencapai peradaban tinggi. Tetapi dari segi layanan tamadun ini terhadap wanita, ia menunjukkan sesuatu yg berbeza. Layanan yg diberikan terhadap wanita oleh tamadun greek amat tidak wajar. Pada amnya wanita dianggap sebagai alat pemuas nafsu lelaki dan boleh dijual beli.

Dalam hal ini ,Dr.Gustav Leban ada berkata:

"orang Yunani pada umumnya menganggap wanita sebagai golongan yg lemah dan bodoh.Jika seseorang ibu melahirkan bayi dalam keadaan luar biasa(seperti tidak cukup bulan) mereka akan membunuhnya.Di Sparta ,seseorang ibu yg malang akan dibunuh jika gagal melahirkan anak lelaki untuk berkhidmat dalam tentera sebaliknya setelah seorang ibu melahirkan anaknya.Pihak kerajaan akan mengambil berat terhadap dirinya.Dia akan dipisahkan daripada suaminya buat sementara waktu dan diserahkan kepada orang lain untuk menyemai baka dengan tujuan untuk melahirkan generasi baru yg terdiri daripada pahlawan bagi mempertahankan negara.Bangsa Yunani pada zaman kegemilangannya tidak sedikit pun menghiraukan tentang wanitanya,melainkan pemerhatian mereka tertumpu pada pelacuran terhormat"(.gustav Leban,Hadarah al-'Arab.Matbaah 'Isa al-Babiy al-Halabi,hal. 406-407)

Sekalipun Greek maju dlm bidang ilmu pengetahuan, tetapi kanak-kanak perempuan diharamkan mempelajarinya.Dalam "Al-Mar'ah fi al-Qadim wa al-Hadis" ada disebutkan:

"Tidak terdapat sekolah-sekolah untuk kanak-kanak perempuan di Athen. Bagi kanak-kanak perempuan dari keluarga yang kaya mereka hanya belajar membaca dan menulis di rumah-rumah mereka. Adapun kanak-kanak perempuan dari keluarga yang miskin dan pertengahan. maka mereka mendapat sebahagian maklumat ilmu agama daripada ibu-ibu mereka yang jahil dalam keadaan mereka lebih mementingkan dengan kerja-kerja pengurusan rumahtangga.Akan tetapi diSparta bidang pendidikan lebih terbuka daripada di Athen kerana kanak-kanak perempuan disini membesar seperti kanak-kanankk lelaki; yang mana mereka sama-sama mempelajari ilu kesukanan dan muzik"Umar Ridh Kuhallah (1399H), Al-Mar'ah fi al-Qadim wa al-Hadith,Muassasah al-Risalah, Jil 1, hal.173)

Sekalipun di Sparta telah memberikan kepada wanita sedikit dari hak-hak sivil tetapi itu bukanlah pengiktirafan mereka terhadap wanita, tetapi ia adalah berdasarkan kepada melatih gadis-gadis Sparta dengan ilmu-ilmu mempertahankan diri dan latihan perang. Adapun di Athen, pendidikan yang ditekankan hanya kepada urusan-urusan kerja rumah.
Undang-undang Yunani menyisihkan wanitanya dari hak-hak sivil dan meletakkan mereka dibawah pengawasan sepenuhnya kepada lelaki pada setiap peringkat hidupnya. Sebelum berkahwin wanita dibawah penguasaan penjaganya dan selepas kahwin di bawah penguasaan suami.('Ali Abdul Wahid wafi,Dr.(1958), Al-Mar'ah fi al-IslamMaktabahGharib,hal.18)

Wanita Greek tidak boleh bebas dari kekuasaan lelaki. Kekuasaan bapa ke atas anak perempuan sebelum berkahwin bukanlah kerana sifatnya sebagai seorang bapa, tetapi sebagai sifatnya sebagai seorang lelaki yang menguasai keluarga. Dalam keadaan demikian bapa adalah berkuasa mutlak. Bapa boleh mengahwinkan anak perempuan mereka tanpa meminta pandangan anak perempuan tersebut, bahkan bapa boleh memindahkan penguasaannya kepada orang lain mengikut kesukaannya melalui wasiat. Apabila bapanya mati dia tidak boleh menerima harta pusaka.(Ismatun (1979M), Al-Mar'ah min Khilal- ayat al-Qu'aniah , Syarikat al-Tunisiyyah.hal. 27)

Sekalipun Greek mempunyai ramai orang yang terpelajar dan ahli-ahli fikir tetapi mereka tidak memperakukan hak-hak wanita. Bahkan mereka mengangap kedudukan wanita rendah martabatnya, tidak setaraf dengan kaum lelaki.(Ftimah Nasif, Dr.(1980).Huquq al-Mar'ah wa Wajibatuha fi Daui al-Kitab wa al-sunnah. Tuhamah.Jeddah,hal 31.)

mengenai hal ini, Aristotle(S.M 384-322) seorang ahli falasafah Yunani menegaskan:

"Bahawa pada tabi'inya wanita itu tidak dibekalkan dengan apa-apa persediaan aqli yang boleh dinilai dengannya, kerana itu maka pendidikannya tertumpu kepada hal-hal urusan rumahtangga, keibuan, pengasuhan anak-anak dan yang berkaitan dengnnya".

Kemudian beliau menyuarakan pendapatnya mengenai hak-hak pengurusan yang kesemua undang-undang tidak mengi'ktiraf wanita sebagai ahli yang boleh mengurus danga berkata:'tiga golonggan yang tidak ada kelayakan mengurus untuk diri mereka dengan berkata:

1. Golongan hamba yang tidak mempunyai kebebasan bertindak.
2. Golongan kanak-kanak yang mempunyai kebebasan bertindak tetapi terbatas.
3.Golongan wanita yang mempunyai kebebasan bertindak tetapi lemah.(Ismatuddin, op.cit)

Seorang lagi ahli fikir Yunani,Plato mempunyai pendapat lebih kurang sama dengan Aristotle. Beliau berkata:" Wanita adalah sama taraf dengan kanak-kanank dan hamba dan kaum lelaki lebih tinggi kedudukannya daripada wanita". Sementara Euripide membuat kesimpulan bahawa wanita tidak mempunyai keupayaan dan merekajuga bukan ahli untuk melakukan kebajikan. Bahkan mereka adalah alat untuk melakukan kejahatan dan menyebarkan kerosakan dalam masyarakat.(Umar Ridha Kuhalah, op. cit,hal 176).

Penghinaan terhadap wanita ini dijelaskan lagi oleh Aristotle dengan katanya:

"Kalimah yang diucap oleh seorang lelaki tidak sama dengan kalimah yang diucapkan oleh seorang wanita. Pada tabi'inya telah ditentukan bahawa wanita dan hamba adalah sama kedudukannya:. Sementara orang-orang Greek pula menyifatkan perempuan dengan segala-segala sifat kekurangan apabila mereka ingin menghina seseorang lelaki mereka memanggilnya perempuan....(ibid)


Selaras denga perkembangan Tamadun Yunani, wanita Yunani telah mula bebas bergaul dengan lelaki dimana-mana sahaja; sehingga perzinaan berlaku berleluasa dan ia tidak lagi dianggap oleh ahli falsafah dan penyokong nilai moral sebagai suatu perkara yang boleh dipertikaikan.Apabila aktiviti berbogel dan memuaskan nafsu diberi nama baru oleh mereka yang bertamadun sebagai kegiatan seni, maka ramailah pencinta seni datang untuk menilai seni dan juga untuk memuaskan hawa nafsu mereka dengan segala perbuatan seks yang haram dan keji itu. Para pelukis pula menghayatinya dengan melukis gambar dan patung ukiran.

Berzina juga diiktiraf oleh agama mereka, pemujaan Dewi Aprodite, dewi cinta dan kecantikan merebak keseluruh Yunani. Mengikut dongengan mereka, dewi yang menjadi isteri seorang dewa telah membuat hubungan sulit dengan tiga orang dewa lain dan juga dengan orang biasa. Akibat perhubungan sulit itu seorang dewa lain telah lahir. iaitu dewa cinta yang diberi nama cupid. Pemuasan nafsu mereka tidak berhenti sekadar itu sahaja, bahkan mereka juga melakukan hubungan sejenis. lelaki dengan lelaki.Harmodius dan Aristogniton adalah antara orang Yunani yang mula-mula mendapat sanjungan negara berhubung dengan perhubungan secara haram antara dia dan kekasihnya. Untuk mengabdikan kenanggan mereka, satu patung telah diukir bagi menginggati mereka.

Sejarah telah membuktikan bahawa selepas mengalami zaman kegemilangan. orang Yunani tidak berpeluang lagikembali ke zaman itu. (Mustafa al-Siba'iy, Dr. (1975), Al-Mar'ah Bain al-Fiqh wa al-Qanun,al-Maktab al- Islami,hal.14)

Siapa Yahudi? Siapa Islam?


Siapa mereka ini?
Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi. Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi; Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.
Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua: Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.
Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama. Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia. Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B. Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis. Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit. Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.
Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan kencing manis). Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).
Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama. George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia, Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan perkembangannya). Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.
Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.
Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama. Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama; Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat); Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel); Isador Kisee (sistem suara di pawagam); Emile Berliner (mikrofon untuk telefon) dan Charles Ginsburg (alat pita rakaman).
Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's), Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskin & Robbins) dan Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).
Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi. Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS); Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush); Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union); David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura); Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia); Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian); Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB); Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal); Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada); Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis); Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British); Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria) dan Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).
Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah Wolf Blitzer (CNN); Barbara Walters (ABC News); Eugene Meyer (Washington Post); Henry Grunwald (Ketua Editor Time); Katherine Graham (penerbit The Washington Post); Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times) dan Max Frankel (The New York Times).
Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.
Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.
Di Olimpik, Mark Spitz membolot tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik. Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.
Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?
Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.
Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.
Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.
Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?
Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.
Mengapa umat Islam terlalu lemah?
Dianggarkan 1,476,233,470 Muslim di atas muka bumi Allah ini. Satu bilion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan enam juta di Amerika. Setiap lima insan manusia ialah Muslim. Setiap seorang Hindu ada dua orang Islam, setiap seorang Buddha ada dua orang Islam dan setiap seorang Yahudi ada beratus orang Islam. Mengapa orang Islam terlalu lemah?
Ini jawapannya: Terdapat 57 negara anggota OIC dan jika dicampur semua cuma ada kira-kira 500 buah universiti; atau sebuah universiti untuk setiap tiga juta orang Islam.
AS mempunyai 5,758 universiti dan India ada 8,407. Pada 2004, Shanghai Jiao Tong Universiti membuat kajian 'Kedudukan Akademik Universiti-universiti Dunia' - dan menakjubkan - tiada satu pun universiti-negara Islam yang berada di puncak 500.
Data yang dikumpul dari UNDP, tahap celik huruf di negara maju ialah hampir 90 peratus dan 15 negara itu mempunyai 100 peratus celik huruf. Negara majoriti penduduk Islam, purata kadar celik huruf ialah sekitar 40 peratus dan tiada negara yang mempunyai 100 peratus semuanya celik huruf.
Sekitar 98 peratus penduduk di negara maju menamatkan sekurang-kurang sekolah rendah, sementara hanya 50 peratus di negara majoriti Islam. Sekitar 40 peratus penduduk di negara maju memasuki universiti, sementara hanya 2 peratus di negara majoriti Islam.
Negara-negara majoriti Islam mempunyai 230 ahli sains bagi setiap (per) sejuta penduduk. Di AS 4,000 per sejuta, Jepun 5,000 per sejuta. Di seluruh negara Arab, penyelidik sepenuh masa ialah 35,000 dan hanya 50 juruteknik per sejuta (berbanding di negara maju 1,000 juruteknik per sejuta).
Negara Islam membelanjakan 0.2 peratus daripada KDNK untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebaliknya, di negara maju membelanjakan 5 peratus daripada KDNKnya.
Kesimpulan: Dunia Islam kurang keupayaan untuk menghasilkan ilmu pengetahuan.
Akhbar harian yang dibaca oleh setiap 1,000 orang dan jumlah judul buku yang dibaca oleh setiap sejuta orang adalah dua angka tunjuk bagi menentukan sama ada ilmu pengetahuan disalurkan ke dalam masyarakat.
Di Pakistan, hanya ada 23 akhbar harian per 1,000 rakyat Pakistan sementara nisbah di Singapura ialah 360. Di UK, jumlah judul buku per juta orang ialah 2,000 sementara di Mesir ialah 20.
Kesimpulan: Dunia Islam gagal menyalurkan ilmu pengetahuan.
Yang menariknya, jumlah terkumpul KDNK tahunan 57 buah negara ahli OIC ialah di bawah AS$2 trilion. Amerika sahaja, menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai AS$12 trilion, China AS$8 trilion, Jepun AS$3.8 trilion dan Jerman AS$2.4 trilion.
Pengeluar minyak yang kaya, Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar secara rangkuman menghasilkan barangan dan perkhidmatan (rata-rata minyak) bernilai AS$500 bilion; Sepanyol sahaja menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai lebih AS$1 trilion, Poland AS$489 bilion dan Thailand AS$545 bilion.
Jadi, mengapa orang Islam tidak berkuasa dan orang Yahudi paling berkuasa?
Jawapannya ialah: Kurangnya ilmu. Kurangnya pendidikan dan kurangnya pelajaran.

Budaya shisha dikalangan rakyat Malaysia..



Shisha atau juga dikenali dengan nama "hookah" merupakan sejenis peralatan paip air yang menegak, lazimnya digunakan untuk menghisap tembakau yang berperisa. Bayaran yang biasa dikenakan ialah antara RM10 hingga RM15 untuk satu sesi shisha. Menghisap shisha yang kian menjadi kegilaan khususnya muda-mudi Melayu, telah diamalkan di Timur Tengah ratusan tahun lamanya. Sebelum kemunculan tembakau, bahan yang sering digunakan di dalam shisha ialah candu dan hashish.Rasanya sudah tiba masanya kita memandang serius gejala yang merosakkan ini. Fenomena ini amat membimbangkan apabila masyarakat seolah-olah menerima trend menghisap shisha. Yang lebih menyedihkan lagi anak-anak muda remaja dan belia berlumba-lumba memulakan perniagaan kecil-kecilan (sambil menumpang di restoran2) seolah-olah ia direstui oleh semua orang.Kalau kita boleh berkempen untuk saudara kita di Palestin. Mengapa tidak untuk kita berkempen menyedarkan kepada masyarakat sekeliling betapa bahayanya shisha. Benar kita perlu sentiasa berjuang untuk bumi Palestin. Tetapi tidak harus lupa juga kepada penyediaan generasi akan datang untuk meneruskan perjuangan yang kita junjung sekarang. Tapi awal-awal lagi tunas Islam di cemari dengan rokok dan shisha, apa yang kita harapkan lagi. Mungkin dikalangan kita beranggapan shisha dan rokok itu sama sahaja. Hisap dan keluarnya asap jua. Tapi jangan lupa. kaedah mengisap shisha juga sama denga menghisap dam (yang menggunakan candu). Mana mungkin orang kebanyakkan seperti kita semua boleh membezakan orang yang sedang menghisap shisha tersebut menggunakan tembakau atau candu sebagai intinya?

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman dalam temubual ;"Menghisap shisha, katanya, mempunyai banyak persamaan dengan perbuatan menghisap rokok dan dalam masa yang sama, ada juga penggemar shisha perokok tegar.Di Malaysia, tambahnya, menghisap shisha ini lebih mirip kepada pengambilan dadah marijuana dengan menggunakan alat yang dipanggil "dapur"."Persoalan yang perlu dirungkaikan ialah, sesuaikah menghisap shisha ini dengan sosio-budaya Malaysia?

Kerajaan telah menetapkan dadah sebagai musuh utama negara. Justeru, kita tidak sepatutnya membiarkan budaya negatif ini timbul semula melalui inovasi shisha. Ia mungkin inovasi baru tetapi tetap sama (penggunaan tembakau).

Legasi 217 tahun



White House adalah lambang kekuasaan Amerika Syarikat. Apakah keistimewaan rumah yang telah pun berusia hampir 217 tahun sejak dibuka pada tahun 1792?


TARIKH 20 Januari 2009 pasti akan mencatat kenangan paling manis buat pemilik empunya nama Barack Hussien Obama Jr. Pada tarikh itu, beliau secara rasmi akan mengatur langkah masuk ke White House sempena majlis mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-44 menggantikan George W. Bush.
Sebelum ini, dunia telah pun menyaksikan sejarah tercipta apabila Obama, 47, menjadi Presiden kulit hitam pertama dalam tempoh 232 tahun sejak AS mencapai kemerdekaan dari Britain. Beliau mencipta sejarah itu setelah memenangi pilihan raya Presiden yang berlangsung pada November lalu.
Malah, pilihan raya itu juga memperlihatkan gelombang perubahan yang dimahukan seluruh rakyat AS apabila berlakunya perubahan parti pemerintah daripada Republikan kepada Demokrat.
Obama yang berketurunan Afrika-Amerika bakal menduduki White House, 'rumah' paling berpengaruh di AS bersama isteri, Michelle serta dua anak perempuan mereka, Malia, 10 dan Sasha, 7, sekali gus memikul tanggungjawab besar untuk memulihkan imej AS yang dikecam teruk sepanjang berada di bawah pemerintahan Bush.
White House yang menjadi lambang kemegahan kepimpinan negara kuasa besar itu mula dibina pada 13 Oktober 1792. Rumah itu diilhamkan dan direka oleh seorang arkitek tersohor Ireland, James Hoban.
Hoban yang dilahirkan di Desart, berhampiran Callan, daerah Kilkenny pada tahun 1758, dibesarkan di sebuah estet di Cuffesgrance. Di sana, beliau mempelajari skil pertukangan kayu. Apabila dewasa, Hoban menyambung pengajian dalam bidang seni bina di Royal Dublin Society.
Berikutan Peperangan Revolusi Amerika, Hoban berhijrah ke AS dan membina empayar sebagai arkitek terkenal di Philadelphia pada tahun 1781. Sebelas tahun kemudian, Hoban menyertai pertandingan untuk mereka kediaman Presiden AS yang dikenali sebagai White House.
Pemilihan arkitek daripada pertandingan tersebut merupakan idea Pierre Charles L'Enfant untuk menubuhkan bandar persekutuan, Washington D.C.
Presiden pertama AS, George Washington melawat tapak pembinaan White House di bandar itu pada 16 Julai 1792 bagi melakukan penilaian ke atas sembilan kertas cadangan yang dihantar mereka yang bertanding. Selepas meneliti beberapa perkara, beliau bersetuju memilih penyertaan Hoban sebagai pemenang.
Bagaimanapun, atas nasihat beliau, rekaan rumah tersebut dibesarkan sebanyak 30 peratus daripada rekaan asal bagi menyesuaikannya dengan kedudukan sebagai kediaman rasmi Presiden negara.
Keseluruhan hidup Hoban dihabiskan di Washington D.C apabila beliau turut terlibat dengan beberapa projek bangunan awam dan kerajaan termasuk jalan raya dan jambatan. Hoban meninggal dunia pada 8 Disember 1831 pada usia 73 tahun.
White House merupakan kediaman rasmi dan juga pejabat utama Presiden AS. Ia terletak di 1600 Pennsylvania Avenue di Washington D.C. Rumah ini dibina antara tahun 1792 hingga 1800 menggunakan batu pasir Aquia yang dicat putih mengikut gaya seni bina Georgian di Britain.
White House telah menjadi kediaman eksekutif setiap Presiden AS sejak era John Adams selaku Presiden AS kedua yang memerintah bermula 4 Mac 1797 hingga 4 Mac 1801.
Sewaktu hari kedua Adams menduduki White House, beliau telah menulis surat kepada isterinya, Abigail yang mengandungi doa untuk rumah tersebut yang berbunyi: "Saya berdoa semoga Tuhan mengurniakan rahmat kepada rumah ini dan sesiapa sahaja yang akan mewarisinya selepas ini. Moga hanya lelaki yang jujur dan bijak sahaja yang akan menduduki dan memerintah di bawah bumbung ini."
Surat itu membuktikan bahawa Adams sentiasa berharap bakal Presiden selepasnya adalah seorang lelaki yang mampu membawa kebaikan dan menjadi pemerintah terbaik sepanjang masa.
Antara bahagian bangunan paling popular di White House ialah West Wing yang menempatkan Oval Office iaitu pejabat Presiden serta beberapa staf senior, selain mempunyai bilik untuk 50 pekerja. Di sini juga terdapat Cabinet Room di mana Presiden akan mengadakan mesyuarat penting melibatkan angota Kabinet dan kewangan, selain White House Situation Room, James S. Brady Press Briefing Room dan Roosevelt Room.
Pada tahun 2007, kerja-kerja pengubahsuaian telah dilaksanakan di Press Briefing Room dengan penambahan kabel optik fiber dan skrin LCD untuk memaparkan carta dan graf tertentu. Proses tersebut menelan belanja AS$8 juta (RM28.5 juta) dan mengambil masa 11 bulan. Bahagian ini juga digunakan sebagai lokasi penggambaran untuk siri televisyen popular, The West Wing.
Sebelum itu, pada tahun 1929, bahagian West Wing pernah musnah akibat kebakaran, tetapi ia dibina semula sewaktu pemerintahan Herbert Hoover.
Sementara itu, sejak pemulihan yang dilakukan pada era pemerintahan John F. Kennedy (20 Januari 1961 - 22 November 1963), setiap keluarga Presiden telah melakukan beberapa perubahan terhadap kediaman peribadi mereka di White House.
Namun, perubahan yang ingin dilakukan di State Room perlu mendapat kelulusan daripada Jawatankuasa Pemuliharaan White House (dahulu dikenali sebagai Jawatankuasa Seni Halus Kennedy) yang bertujuan untuk memelihara keaslian sejarah White House.
Ketika pemerintahan Richard Nixon (20 Januari 1969 - 9 Ogos 1974), Wanita Pertama, Pat Nixon memperbaharui Green Room, Blue Room dan Red Room. Atas usahanya, lebih 600 artifak telah dibawa masuk ke White House sekali gus mencatat perbelanjaan terbesar berbanding mana-mana pemerintahan.
Presiden Nixon kemudian mencipta bilik media moden di atas kolam renang lama ketika pemerintahan Franklin D. Roosevelt (4 Mac 1933 - 2 April 1945), selain menambah lorong lane individu boling di bahagian tingkat bawah tanah.
Penggunaan komputer dan mesin cetak laser pula, disediakan sewaktu pemerintahan Presiden Jimmy Carter (20 Januari 1977 - 20 Januari 1981) dan teknologi itu dikembangkan ketika era Ronald Reagan (20 Januari 1981 - 20 Januari 1989). Selain itu, dekorasi rumah turut dibuat di kawasan kuarters peribadi keluarga dan penyelenggaraan dilakukan di kawasan umum. White House kemudian diiktiraf sebagai muzium pada tahun 1988.
Pada era 1990-an, Bill dan Hillary Clinton memperbaharui beberapa buah bilik dengan bantuan penghias Arkansas, Kaki Hockersmith termasuk di Oval Office, East Room, Blue Room, State Dining Room dan Lincoln Bedroom.
Sementara itu, bakal Wanita Pertama AS, Michelle Obama mengakui bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya di White House sebaik mungkin, selain tidak mengabaikan statusnya sebagai ibu kepada dua orang anak.
"Walaupun bergelar Wanita Pertama, tugas utama saya masih sebagai ibu. Apa yang penting, saya akan sentiasa memberi keutamaan untuk memastikan anak-anak saya membesar dalam suasana yang positif seperti kanak-kanak lain," katanya.
Kehadiran Obama di White House sememangnya disambut baik oleh masyarakat dunia yang mengharapkan beliau mampu mengubah dasar hubungan luar AS dengan negara lain terutamanya negara-negara Islam seperti slogan pilihan raya, Perubahan (Change) yang diuar-uarkannya sebelum ini.
Konflik yang berlaku di Genting Gaza ketika ini melibatkan kekejaman tentera Zionis ke atas penduduk Palestin, sudah pasti menuntut tindakan yang sewajarnya daripada Obama.
Seorang ahli sejarah, Robert Watson memberitahu AFP bahawa ramai orang menunggu apakah perubahan yang bakal dibawa Obama menjelang saat dia melangkah masuk ke White House."Setiap empat tahun di Washington D.C, terdapat peluang untuk menarik nafas dalam-dalam dan memulakannya kembali. Justeru itu, kita lihat apa yang bakal dilakukan Obama. Adakah beliau mampu mengubah situasi tegang yang berlaku sekarang?" ujar Watson yang merupakan Pengarah Pengajian Amerika di Universiti Lynn, Florida.