Wednesday, February 4, 2009

Wanita dan Tamadun Greek

Tamadun Greek memang diakui sebagai satu tamadun yg mencapai peradaban tinggi. Tetapi dari segi layanan tamadun ini terhadap wanita, ia menunjukkan sesuatu yg berbeza. Layanan yg diberikan terhadap wanita oleh tamadun greek amat tidak wajar. Pada amnya wanita dianggap sebagai alat pemuas nafsu lelaki dan boleh dijual beli.

Dalam hal ini ,Dr.Gustav Leban ada berkata:

"orang Yunani pada umumnya menganggap wanita sebagai golongan yg lemah dan bodoh.Jika seseorang ibu melahirkan bayi dalam keadaan luar biasa(seperti tidak cukup bulan) mereka akan membunuhnya.Di Sparta ,seseorang ibu yg malang akan dibunuh jika gagal melahirkan anak lelaki untuk berkhidmat dalam tentera sebaliknya setelah seorang ibu melahirkan anaknya.Pihak kerajaan akan mengambil berat terhadap dirinya.Dia akan dipisahkan daripada suaminya buat sementara waktu dan diserahkan kepada orang lain untuk menyemai baka dengan tujuan untuk melahirkan generasi baru yg terdiri daripada pahlawan bagi mempertahankan negara.Bangsa Yunani pada zaman kegemilangannya tidak sedikit pun menghiraukan tentang wanitanya,melainkan pemerhatian mereka tertumpu pada pelacuran terhormat"(.gustav Leban,Hadarah al-'Arab.Matbaah 'Isa al-Babiy al-Halabi,hal. 406-407)

Sekalipun Greek maju dlm bidang ilmu pengetahuan, tetapi kanak-kanak perempuan diharamkan mempelajarinya.Dalam "Al-Mar'ah fi al-Qadim wa al-Hadis" ada disebutkan:

"Tidak terdapat sekolah-sekolah untuk kanak-kanak perempuan di Athen. Bagi kanak-kanak perempuan dari keluarga yang kaya mereka hanya belajar membaca dan menulis di rumah-rumah mereka. Adapun kanak-kanak perempuan dari keluarga yang miskin dan pertengahan. maka mereka mendapat sebahagian maklumat ilmu agama daripada ibu-ibu mereka yang jahil dalam keadaan mereka lebih mementingkan dengan kerja-kerja pengurusan rumahtangga.Akan tetapi diSparta bidang pendidikan lebih terbuka daripada di Athen kerana kanak-kanak perempuan disini membesar seperti kanak-kanankk lelaki; yang mana mereka sama-sama mempelajari ilu kesukanan dan muzik"Umar Ridh Kuhallah (1399H), Al-Mar'ah fi al-Qadim wa al-Hadith,Muassasah al-Risalah, Jil 1, hal.173)

Sekalipun di Sparta telah memberikan kepada wanita sedikit dari hak-hak sivil tetapi itu bukanlah pengiktirafan mereka terhadap wanita, tetapi ia adalah berdasarkan kepada melatih gadis-gadis Sparta dengan ilmu-ilmu mempertahankan diri dan latihan perang. Adapun di Athen, pendidikan yang ditekankan hanya kepada urusan-urusan kerja rumah.
Undang-undang Yunani menyisihkan wanitanya dari hak-hak sivil dan meletakkan mereka dibawah pengawasan sepenuhnya kepada lelaki pada setiap peringkat hidupnya. Sebelum berkahwin wanita dibawah penguasaan penjaganya dan selepas kahwin di bawah penguasaan suami.('Ali Abdul Wahid wafi,Dr.(1958), Al-Mar'ah fi al-IslamMaktabahGharib,hal.18)

Wanita Greek tidak boleh bebas dari kekuasaan lelaki. Kekuasaan bapa ke atas anak perempuan sebelum berkahwin bukanlah kerana sifatnya sebagai seorang bapa, tetapi sebagai sifatnya sebagai seorang lelaki yang menguasai keluarga. Dalam keadaan demikian bapa adalah berkuasa mutlak. Bapa boleh mengahwinkan anak perempuan mereka tanpa meminta pandangan anak perempuan tersebut, bahkan bapa boleh memindahkan penguasaannya kepada orang lain mengikut kesukaannya melalui wasiat. Apabila bapanya mati dia tidak boleh menerima harta pusaka.(Ismatun (1979M), Al-Mar'ah min Khilal- ayat al-Qu'aniah , Syarikat al-Tunisiyyah.hal. 27)

Sekalipun Greek mempunyai ramai orang yang terpelajar dan ahli-ahli fikir tetapi mereka tidak memperakukan hak-hak wanita. Bahkan mereka mengangap kedudukan wanita rendah martabatnya, tidak setaraf dengan kaum lelaki.(Ftimah Nasif, Dr.(1980).Huquq al-Mar'ah wa Wajibatuha fi Daui al-Kitab wa al-sunnah. Tuhamah.Jeddah,hal 31.)

mengenai hal ini, Aristotle(S.M 384-322) seorang ahli falasafah Yunani menegaskan:

"Bahawa pada tabi'inya wanita itu tidak dibekalkan dengan apa-apa persediaan aqli yang boleh dinilai dengannya, kerana itu maka pendidikannya tertumpu kepada hal-hal urusan rumahtangga, keibuan, pengasuhan anak-anak dan yang berkaitan dengnnya".

Kemudian beliau menyuarakan pendapatnya mengenai hak-hak pengurusan yang kesemua undang-undang tidak mengi'ktiraf wanita sebagai ahli yang boleh mengurus danga berkata:'tiga golonggan yang tidak ada kelayakan mengurus untuk diri mereka dengan berkata:

1. Golongan hamba yang tidak mempunyai kebebasan bertindak.
2. Golongan kanak-kanak yang mempunyai kebebasan bertindak tetapi terbatas.
3.Golongan wanita yang mempunyai kebebasan bertindak tetapi lemah.(Ismatuddin, op.cit)

Seorang lagi ahli fikir Yunani,Plato mempunyai pendapat lebih kurang sama dengan Aristotle. Beliau berkata:" Wanita adalah sama taraf dengan kanak-kanank dan hamba dan kaum lelaki lebih tinggi kedudukannya daripada wanita". Sementara Euripide membuat kesimpulan bahawa wanita tidak mempunyai keupayaan dan merekajuga bukan ahli untuk melakukan kebajikan. Bahkan mereka adalah alat untuk melakukan kejahatan dan menyebarkan kerosakan dalam masyarakat.(Umar Ridha Kuhalah, op. cit,hal 176).

Penghinaan terhadap wanita ini dijelaskan lagi oleh Aristotle dengan katanya:

"Kalimah yang diucap oleh seorang lelaki tidak sama dengan kalimah yang diucapkan oleh seorang wanita. Pada tabi'inya telah ditentukan bahawa wanita dan hamba adalah sama kedudukannya:. Sementara orang-orang Greek pula menyifatkan perempuan dengan segala-segala sifat kekurangan apabila mereka ingin menghina seseorang lelaki mereka memanggilnya perempuan....(ibid)


Selaras denga perkembangan Tamadun Yunani, wanita Yunani telah mula bebas bergaul dengan lelaki dimana-mana sahaja; sehingga perzinaan berlaku berleluasa dan ia tidak lagi dianggap oleh ahli falsafah dan penyokong nilai moral sebagai suatu perkara yang boleh dipertikaikan.Apabila aktiviti berbogel dan memuaskan nafsu diberi nama baru oleh mereka yang bertamadun sebagai kegiatan seni, maka ramailah pencinta seni datang untuk menilai seni dan juga untuk memuaskan hawa nafsu mereka dengan segala perbuatan seks yang haram dan keji itu. Para pelukis pula menghayatinya dengan melukis gambar dan patung ukiran.

Berzina juga diiktiraf oleh agama mereka, pemujaan Dewi Aprodite, dewi cinta dan kecantikan merebak keseluruh Yunani. Mengikut dongengan mereka, dewi yang menjadi isteri seorang dewa telah membuat hubungan sulit dengan tiga orang dewa lain dan juga dengan orang biasa. Akibat perhubungan sulit itu seorang dewa lain telah lahir. iaitu dewa cinta yang diberi nama cupid. Pemuasan nafsu mereka tidak berhenti sekadar itu sahaja, bahkan mereka juga melakukan hubungan sejenis. lelaki dengan lelaki.Harmodius dan Aristogniton adalah antara orang Yunani yang mula-mula mendapat sanjungan negara berhubung dengan perhubungan secara haram antara dia dan kekasihnya. Untuk mengabdikan kenanggan mereka, satu patung telah diukir bagi menginggati mereka.

Sejarah telah membuktikan bahawa selepas mengalami zaman kegemilangan. orang Yunani tidak berpeluang lagikembali ke zaman itu. (Mustafa al-Siba'iy, Dr. (1975), Al-Mar'ah Bain al-Fiqh wa al-Qanun,al-Maktab al- Islami,hal.14)

No comments:

Post a Comment